PKP: Sembilan sekatan jalan di Kuala Lumpur bermula hari ini

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menggerakkan sekatan jalan raya (SJR) di sembilan kawasan di sini bermula hari ini bagi memantapkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bermula pada 7 hingga 20 Mei.

Sekatan jalan raya dilaksanakan bermula hari ini di kawasan Kuala Lumpur iaitu di Jalan Sentul Pasar, di hadapan Balai Polis Kepong, Jalan Klang Lama, Jalan 2/27A Wangsa Melawati, Jalan 1/91 Taman Shamelin Perkasa dan Lebuhraya Bukit Jalil.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Yong Lei Choo berkata sembilan lokasi utama di daerah ini akan diperketatkan sekatan jalan raya bagi mengelakkan sebarang aktiviti rentas daerah tanpa kebenaran berlaku.

“Sekatan jalan menghala ke Kuala Lumpur turut dijalankan di Lebuhraya Persekutuan, Jalan Tol Duta menghala ke Kuala Lumpur dan Jalan Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yong berkata pemantauan akan dipertingkatkan oleh kumpulan pematuhan dan rondaan oleh unit Cawangan Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi memastikan penguatkuasaan PKP di Kuala Lumpur adalah komprehensif.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.
— BERNAMA

 

Senarai nama pusat membeli-belah dikesan berisiko Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker