Remaja lelaki lemas selepas basikal tergelincir

Remaja lelaki lemas selepas basikal tergelincir

KOTA BHARU: Remaja lelaki ditemukan lemas selepas tergelincir dan dihanyutkan arus ketika menunggang basikal di tepi tali air di Kampung Talang Kadok, di sini, sebentar tadi.

Mayat Muhammad Fazly Kamri, 13, dijumpai jam 10 malam oleh sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada kedalaman tiga meter kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir dia dipercayai tenggelam.



Sebelum kejadian pada jam 6.20 petang tadi, mangsa menunggang basikal bersama dua sepupunya, untuk ke rumah nenek mereka tidak jauh dari rumah masing-masing.

Sepupunya, Muhamad Aiman Mohamad Anuwa, 13, berkata, mereka menunggang basikal berasingan dan ketika melalui kawasan lokasi, mangsa berada di hadapan sambil memberitahu dia tahu selok-belok laluan itu.

“Ketika itu hujan rintik dan jalan berbatu yang kami lalui itu dilimpahi air kira-kira 0.2 meter dan arusnya deras.

“Fazly yang berada di hadapan kami melalui jalan itu dan tiba-tiba dia tergelincir sebelum dihanyutkan arus bersama basikal memasuki tali air.



“Kami tergamam dan Fazly sempat berpaut pada rumput namun arus yang sangat deras terus menghanyutkannya ke tengah tali air,” katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Muhamad Aiman berkata, dia dan seorang lagi sepupunya yang dikenali sebagai Faiz, 13, meminta tolong daripada tiga lelaki yang berada berhampiran lokasi namun disebabkan tidak pandai berenang, tiga individu itu terus menghubungi penduduk kampung lain.

Katanya, dalam jarak kira-kira 100 meter dihanyutkan arus, dia terdengar mangsa menjerit ‘tolong aku’ namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya memandang sepupunya itu perlahan-lahan tenggelam.

“Kami berdua sangat takut dan terus balik ke rumah dan memberitahu keluarga,” katanya.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. BH

Remaja lelaki lemas selepas basikal tergelincir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker