Mayat wanita tanpa kepala, tangan ditemukan di sungai

PAPAR – Penduduk gempar apabila menemui mayat seorang wanita tanpa kepala dan kedua belah tangan di kawasan Kampung Sapat di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, mayat berkenaan ditemukan dalam keadaan tersangkut pada ranting pokok kayu di tepi sungai berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Menurut Kamaruddin, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam menerusi panggilan telefon berhubung kejadian terbabit



“Pasukan bomba kemudian dihubungi bagi mendapatkan bantuan untuk membawa naik mayat berkenaan ke darat.

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat itu adalah seorang wanita yang dalam keadaan tidak berbaju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat juga didapati dalam keadaan yang tidak sempurna iaitu bahagian kepala dan kedua belah tangan telah tiada.

Tambah Kamaruddin, hanya kaki kanan sahaja yang tinggal iaitu bahagian paha ke paras lutut.



“Setakat ini punca kematian wanita itu belum dikenal pasti dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat itu dijangka berusia antara 30 ke 40 tahun dan disyaki telah meninggal dunia kira-kira satu minggu lalu.

Sehubungan itu, Kamaruddin meminta orang ramai diminta tampil ke Ibu pejabat polis Daerah (IPD) Papar jika ada ahli keluarga, jiran atau rakan yang hilang atau tidak balik ke rumah untuk tujuan pengecaman mayat berkenaan.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Papar untuk tindakan lanjut dan sekiranya ada maklumat berkaitan waris mayat ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sarjan Mustifin Wahid di talian 0142030071,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun



Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]



Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker