Azman bohong – Mat Sabu

Azman bohong – Mat Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menafikan ada larangan membabitkan EXCO pertanian di negeri diterajui pembangkang dalam sebarang program anjuran kementerian berkenaan.

Beliau sebaliknya menyifatkan dakwaan EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr Azman Ibrahim itu sebagai suatu pembohongan.



“Kita tidak ada apa-apa arahan. Mereka suka berbohong,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Azman yang menyatakan menerima isyarat mengenai arahan tidak bertulis melarang pembabitan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu dalam sebarang program anjuran agensi Persekutuan itu di Terengganu.

Azman menerusi kenyataan di laman Facebooknya, malam tadi, mendakwa isyarat berkenaan dikemuka beberapa ketua jabatan dan agensi seliaan kementerian terbabit di Terengganu. BH

Azman bohong – Mat Sabu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker