Penternak kambing maut ditetak 2 lelaki

Penternak kambing maut ditetak 2 lelaki

Seorang penternak kambing maut ditetak dua lelaki di Kampung Perepat, Klang, semalam.

Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao, berkata lelaki tempatan berusia 46 tahun itu sedang menuntun kambing dalam kejadian 5.15 petang.



Beliau berkata, dua suspek yang menaiki motosikal dipercayai mendekati mangsa dan menetaknya dalam semak berhampiran.

Katanya, mangsa yang cedera di kepala, tangan serta badan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk rawatan.

Menurutnya, polis giat mengesan dua suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Hanis Idris di 019 9099763.

“Maklumat juga boleh disalurkan ke IPD Klang Utara 03 32912222 atau balai polis berhampiran,” katanya menurut Harian Metro.



Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FMT

Penternak kambing maut ditetak 2 lelaki

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker