Parlimen Gua Musang akan dipertahankan – Ku Li

GUA MUSANG – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya UMNO mahu beliau kekal bertanding di kawasan berkenaan.

Tengku Razaleigh atau dikenali dengan panggilan Ku Li berkata, beliau mengikut perintah dan segala urusan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, setakat ini, beliau yakin masih mendapat sokongan penuh daripada ahli UMNO bahagian Gua Musang dan rakyat di daerah ini termasuk masyarakat Orang Asli.



“Saya sendiri serah kepada parti. Setakat ini, mereka (ahli UMNO) Gua Musang ini tidak beri saya bersara terutamanya Orang Asli. Mereka sudah buat keputusan ramai-ramai tak mahu calon lain.

“Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang (Ab. Aziz Yusoff) juga berkata selagi saya tak ‘gogek’ (goyah) saya kena tawar diri untuk bekerja lagi,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Gua Musang di Balai Rakyat Bukit Cekati di sini hari ini.

Sementara itu, UMNO Bahagian Gua Musang telah sebulat suara untuk mengekalkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Ahli Parlimen Gua Musang pada PRU15.

Setiausaha UMNO bahagian, Ab. Aziz Yusoff berkata, ahli akar umbi masih inginkan Ku Li berdasarkan prestasi dan rekod baik beliau sepanjang penggal yang lepas.



Sebagai rekod, Tengku Razaleigh adalah wakil
rakyat paling lama berkhidmat di negara ini iaitu selama 12 penggal di peringkat Parlimen selepas beliau memenangi kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Tengku Razaleigh,85, mempertahankan kerusi itu apabila pertama kali memenanginya tanpa bertanding pada tahun 1974 yang sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Ulu Kelantan.

Pada PRU14 lalu, beliau memenangi kerusi Parlimen Gua Musang dengan majoriti 3,913 undi menewaskan calon Pas, Abdullah Hussein dan Mohd. Nor Hussin daripada Pakatan Harapan. –

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker