Pulau Batu Puteh: Mahathir cuba ‘cuci tangan’, salahkan pegawai kerajaan

Pulau Batu Puteh: Mahathir cuba ‘cuci tangan’, salahkan pegawai kerajaan dan nasihat pegawai-pegawai yang dilantik oleh bekas peguam negara, Apandi Ali.

Dia berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan perdana menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob yang memberitahu kemungkinan berlaku kecuaian dan kekhilafan oleh Mahathir sehingga menyebabkan Malaysia kehilangan pulau itu.

“Itu pendapat dia (Ismail Sabri Yaakob) ada kecuaian. Tetapi saya bertindak selepas dinasihat oleh pegawai-pegawai dan pegawai-pegawai itu dilantik oleh Apandi,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis Third Age Media Association di Menara Kuala Lumpur.



Semalam Ismail berkata pasukan khas semakan undang-undang tidak menolak kemungkinan berlaku kecuaian dan kekhilafan bekas perdana menteri berkenaan dalam isu Pulau Batu Puteh.

Menurut kenyataan itu, pasukan khas itu menyebut kecuaian dan kekhilafan tersebut menyebabkan Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2008 berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

‘Terima apa saja keputusan ICJ’

Ditanya sama ada Malaysia perlu menuntut semula Pulau Batu Puteh, Mahathir berkata negara ini perlu menerima apa sahaja keputusan oleh ICJ.



“Bagi saya kita bagi janji dengan Singapura. Kita akan terima apa saja yang keputusan dibuat oleh mahkamah.

“Lepas tu kita tak boleh tolak, kita dah janji. Macam Pulau Litigan dan Sipadan, Indonesia tak boleh tuntut sebab dah diputuskan oleh court.

“Kita dah agree from the very beginning (Sejak dari awal). Kita boleh pergi court kalau kita bersetuju keputusan court akan diterima. Sekarang ni kita nak tolak not keeping to our promise-lah,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker