Saya Infaqkan Hasil Jualan Balado Paknil Untuk Bantu Orang Lain – Aznil Nawawi

Saya Infaqkan Hasil Jualan Balado Paknil Untuk Bantu Orang Lain – Aznil Nawawi

Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi menyentuh hati ramai netizen apabila dia memuat naik satu hantaran video dalam Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Aznil atau nama lengkapnya Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi menghulurkan bantuan berupa wang tunai kepada seorang wanita dipercayai gelandangan.



Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil menghulurkan beberapa keping wang kertas bernilai RM100 kepada seorang wanita sambil menangis kerana sedih mengenangkan nasib wanita terbabit.

Dalam rezeki saya ada rezeki orang lain. Saya infaqkan hasil jualan Balado Paknil untuk bantu orang lain.

Biarpun ditolak berkali-kali oleh wanita itu, Aznil berkeras memintanya untuk menerima sumbangan tersebut yang diinfaqkan daripada hasil jualan pes Balado Paknil.

Bekas pengacara program Akademi Fantasia itu ditemani pemandu peribadinya datang bertemu wanita yang sedang duduk di bawah sebuah jambatan sendirian dalam keadaan kaki berbalut akibat tercedera.



Menurusi ruangan komen dalam hantaran tersebut, rata-rata pengikut memuji tindakan Aznil membantu golongan yang memerlukan.

Saya Infaqkan Hasil Jualan Balado Paknil Untuk Bantu Orang Lain – Aznil Nawawi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker