Demi kedaulatan pertahanan negara kerajaan beri bajet RM16 billion

Peruntukan RM16 bilion akan dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan sektor pertahanan negara dan memenuhi aspirasi #KeluargaMalaysia terutama bagi anggota, veteran Angkatan Tentera Malaysia dan warga awam Kementerian Pertahanan.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata peruntukan yang diumumkan dalam Bajet 2022 itu juga merupakan yang tertinggi sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

“Alhamdulillah, #Bajet2022 yang inklusif, menyeluruh dan menggambarkan bajet daripada rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat. Tiada yang tertinggal.

“Wanita, ibu tunggal, warga emas, anak muda, semuanya menerima manfaat. Inisiatif pendidikan, pendigitalan dan paling penting kesihatan telah diberi keutamaan (dan) amat diperlukan dalam persediaan kita beralih ke fasa endemik #COVID-19,” katanya dalam hantaran di laman rasmi Facebooknya hari ini.

Hishammuddin juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz atas peruntukan RM16.1 bilion kepada Kementerian Pertahanan.

Zafrul, melalui Bajet 2022 hari ini mengumumkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri masing-masing diperuntuk dana sebanyak RM16 bilion dan RM17 bilion.

Zafrul dilaporkan berkata RM1.6 bilion diperuntuk bagi mempertingkat kesiagaan aset utama ATM dan RM14 juta untuk menggantikan peralatan utama pasukan khas laut (PASKAL) dan pasukan khas udara (PASKAU) seperti payung terjun, alat selam litar tertutup serta bot.

Selain itu, kerajaan turut akan menambah empat pintu masuk imigresen baharu antaranya di Telok Melano dan Baleh, Sarawak bagi memenuhi keperluan peningkatan pergerakan susulan perubahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan dan pembukaan Lebuhraya Pan Borneo jajaran Telok Melano.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pembukaan empat pintu masuk baharu imigresen seperti yang diumumkan Menteri Kewangan dalam Bajet 2022 itu akan membolehkan kawalan kemasukan warga asing dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

“Way forward selepas ini ialah mengadakan engagement dengan kerajaan negeri kerana ia melibatkan urusan pengambilan tanah dan kelulusan pihak berkuasa tempatan.

“Imigresen akan memberi fokus kepada sistem automasi di pintu-pintu masuk baharu dan sedia ada supaya masa menunggu dapat dipercepatkan,” katanya.

Demi kedaulatan pertahanan negara kerajaan beri bajet RM16 billion


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bajet2022: RM500 untuk imam, bilal, siak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker