Bajet2022: RM500 untuk imam, bilal, siak

Bajet2022: RM500 untuk imam, bilal, siak

Seramai 70 ribu petugas agama akan menikmati pemberian sekali bayar RM500 pada tahun hadapan.

Berita itu diumumkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.



Menurutnya, pemberian khas itu melibatkan 70 ribu orang imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa).

Ia merupakan sebahagian daripada aspek pengimarahan syiar Islam dalam Belanjawan 2022, yang melibatkan peruntukan RM1.5 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, di bawah peruntukan itu juga, kerajaan akan menambah 1,000 guru takmir, sebagai usaha meluaskan skop pengajaran takmir di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kerajaan juga akan membina sebuah Sekolah Menengah Agama di Wilayah Persekutuan Labuan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM65 juta.



Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM140 juta kepada Jakim, antaranya untuk menyelenggara sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar – meningkat berbanding RM100 juta pada tahun 2021.

Peruntukan penyelengaraan itu merupakan sebahagian daripada RM1 bilion yang diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, di bawah RM52.6 bilion yang diterima Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam belanjawan itu.

Menurut Tengku Zahful, peruntukan penyelenggaraan kepada lebih 10 ribu sekolah di bawah KPM akan diagihkan mengikut jenis sekolah berdasarkan kadar yang seragam.

Bagi tahun 2022, sebanyak RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 buah buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.



Antara langkah lain bawah KPM:

Bantuan awal persekolahan sebanyak RM150, melibatkan peruntukan RM450 juta yang dijangka memanfaatkan tiga juta murid-murid yang layak.

RM746 juta bagi menaik taraf sekolah-sekolah daif, termasuk 112 projek di Sabah dan 165 projek di Sarawak.

RM50 juta bagi memperkasa agenda pendidikan khas, antaranya membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas, serta lapan buah blok baharu pendidikan khas akan dibina.



RM400 juta untuk meneruskan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan.

Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah di bawah KPM.

KPM merupakan kementerian yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2022.

Sementara itu, Kementerian Pengajian Tinggi pula bakal diperuntukkan sejumlah RM14.5 bilion. Mk



Bajet2022: RM500 untuk imam, bilal, siak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker