Semak semula skim saraan, gaji minimum baharu- CUEPACS

Semak semula skim saraan, gaji minimum baharu- CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan bersifat terbuka dalam membuka pintu rundingan terutama dengan kesatuan sekerja yang menjadi suara dalam menyalurkan segala permasalahan.

Presidennya Adnan Mat berkata, ia termasuk membuka pintu rundingan bagi membolehkan penambahbaikan dilakukan melibatkan perkhidmatan awam seperti semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan pelaksanaan gaji minimum yang baharu.



“Semakan semula sistem saraan perkhidmatan awam dan gaji minimum ini selari dengan hasrat kerajaan mahu meningkatkan purata pendapatan isi rumah rakyat kepada RM10,000 sebulan pada 2025.

“CUEPACS berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula cadangan untuk mewujudkan sistem saraan yang baharu dalam perkhidmatan awam sekali gus memberi motivasi kepada 1.6 juta warga penjawat awam,” katanya dalam kenyataan.

Adnan berkata, pelaksanaan sistem saraan baharu perlu dilakukan bagi memastikan ia relevan dengan persekitaran ekonomi semasa dan bukannya menggunakan dapatan daripada sistem yang diwujudkan 19 tahun lalu.

Pada masa sama beliau berkata, CUEPACS turut berharap kerajaan akan melaksanakan segala inisiatif kepada penjawat awam serta rakyat yang diumumkan dalam Bajet 2022.



“Inisiatif kerajaan membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sehingga 50% atau 80 hari merupakan perkara yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2020 tetapi tidak dilaksanakan sehingga kini.

“CUEPACS menghargai setiap inisiatif yang menyentuh secara terus penjawat awam seperti bantuan khas kewangan sebanyak RM700 serta GCR yang dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari,” katanya.

Beliau berkata, komitmen itu jelas menunjukkan kerajaan tetap komited untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam selain terus menjaga kebajikan kira-kira 1.6 juta warganya dan percaya penjawat awam juga tetap menerima manfaat lain melalui pelbagai inisiatif untuk rakyat dalam Bajet 2022.
FMT

Semak semula skim saraan, gaji minimum baharu- CUEPACS




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker