Bajet2022: Rokok elektronik, minuman bergula dicukai untuk kesihatan

Bajet2022: Rokok elektronik, minuman bergula dicukai untuk kesihatan

Bagi memupuk budaya hidup sihat kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk minuman bergula dan cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik serta vape.

Cadangan itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat petang ini.

“Selain itu, ke arah gaya hidup sihat juga, kerajaan bercadang untuk meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.



“Kerajaan juga bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape,” kata Tengku Zafrul.

Pada 1 Julai 2019, kerajaan melaksanakan cukai minuman bergula dengan semua syarikat pengeluar minuman diberi tempoh peralihan sehingga 31 Ogos.

Keputusan itu susulan pengumuman dalam Belanjawan 2019 mengenai cadangan untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula yang dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia diminum dengan nilai ambang kandungan gula.

Berdasarkan pengumuman itu, ia merujuk kepada air minuman di bawah kepala kod tarif 22.02 yang mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain yang mengandungi gula melebihi lima gram per 100 mililiter (ml) dan jus buah-buahan dan sayur-sayuran di bawah kepala kod tarif 20.09 yang mengandungi gula melebihi 12 gram per 100ml.



Ini bermakna pengumuman Tengku Zafrul hari ini menyaksikan cukai minuman bergula diperluaskan kepada minuman berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan memberi perhatian terhadap aspek kesihatan awam dan bagi tujuan itu Agenda Nasional Malaysia Sihat akan diteruskan.

“Dalam memupuk budaya sihat serta menangani masalah penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti, kerajaan bersetuju untuk meneruskan Agenda Nasional Malaysia Sihat,” katanya.

Tambah Tengku Zafrul, kerajaan juga akan memantapkan pengurusan klinikal penyakit jarang jumpa di Malaysia seperti lisosomal. Mk



Bajet2022: Rokok elektronik, minuman bergula dicukai untuk kesihatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker