Amelia Henderson tetap lawan A. Aida di mahkamah
Amelia Henderson tetap lawan A. Aida di mahkamah
Pelakon Amelia Henderson menegaskan akan tetap berhadapan dengan saman dan tidak memilih untuk menyelesaikan kes diluar mahkamah dalam saman yang dikemukakan penerbit sensasi, Datuk A. Aida.
Amelia, 27, berkata dia yakin bahawa dia di pihak yang benar dalam kes saman itu.
“Saya ada keyakinan, saya rasa tidak bersalah, jadi saya tidak takut, saya yakin dengan peguam saya dan yakin dengan kes saya,” katanya yang mengakui baru pertama kali berhadapan dengan kes saman di mahkamah.
Amelia berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas tamat perbicaraan hari pertama kes saman di Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini.
Sementara itu, ditanya mengenai keputusan rakannya pelakon Idris Khan yang menyelesaikan kes saman diluar mahkamah, Amelia berkata itu terpulang pada hak masing-masing.
“Saya selalu sokong keputusan kawan saya, dia ada hak untuk membuat keputusan dia,” katanya lagi.
Terdahulu, dalam prosiding hari pertama perbicaraan Amelia Henderson kekal dengan keputusan untuk meneruskan perbicaraan.
Sebelum itu, media melaporkan kes saman melibatkan penerbit sensasi, A. Aida bersama, Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah.
Keputusan itu dibuat selepas A. Aida selaku plaintif menarik balik saman terhadap Idris ketika perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Zulqarnain Hassan.
Dalam prosiding peguam mewakili Idris selaku defendan kedua iaitu Jason Wee memohon supaya kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah yang mana ia
turut dipersetujui oleh pihak A. Aida sendiri.
Susulan kes berkenaan mendapat kata sepakat kedua-dua pihak, Hakim Zulqarnain kemudian merekodkan persetujuan penyelesaian.
Sementara itu, A.Aida ketika ditemui berkata, dia memilih untuk berdamai kerana menganggap Idris seperti adiknya sendiri selain perkenalan mereka sudah lama terjalin.
Sebelum ini melaporkan, Amelia dan Idris berdepan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.
A. Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit. K Online
Amelia Henderson tetap lawan A. Aida di mahkamah
Baca Artikel Menarik:
- Annuar beri bayangan pertahan Ketereh atas tiket parti lain
- Tugas saya bantu BN menang – Khairuddin
- Pornografi punca pelakon Vaishali Takkar bunuh diri
- Kenapa Anwar membisu isu dana RM400 juta Melayu kena potong?
- Nik Amar ‘lipat’ Khairuddin
- Penduduk masih terkejut Anwar bertanding di Parlimen Tambun
- Tidak tercalon: Jika benar pejuang ‘otai’, mereka tidak akan sabotaj dan khianat parti
- Janji Manifesto ‘Kitab Suci’ Hanya Untuk Menipu Rakyat
- Tanpa Mahathir, Anwar dan Muhyiddin Malaysia tidak akan mati!
- Lembu, babi putus kepala dibaham pak belang
- Shahidan tutup bilik gerakan Arau
- ‘Raja playboy’ menuju ke perkahwinan ke 88
- Gadis tular yang ditumbuk didakwa sebagai adik, abang tumbuk kerana marah tinggalkan ibu sakit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS
Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir
Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’