Sanusi kahwin lagi?

Sanusi kahwin lagi?

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menafikan beliau sudah berpoligami seperti yang sedang ditularkan pihak tertentu menerusi media sosial ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, beliau belum berhasrat berbuat demikian, namun tidak menolak kemungkinan itu sekiranya ada jodoh dengan mana-mana wanita.

“Belum lagi (berkahwin baharu). Mana tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh dengan orang Sik apa salahnya? Orang Sik, orang Alor Setar ka,” katanya berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Benih Padi Huma di Kampung Radik, Chepir di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa Muhammad Sanusi sudah berkahwin lain secara senyap bersama seorang wanita.

Muhammad Sanusi turut memuat naik status di laman Facebooknya kelmarin, mengenai saranan berkahwin pada bulan Syawal dengan catatan ‘Dok (berada di) Pahang’.

Status itu mengundang reaksi serta komen pengikutnya di media sosial itu. BH

Sanusi kahwin lagi?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker