Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK

Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat menghadiri majlis graduasi anakanda berdua di Kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom (UK), semalam.

Istana Negara dalam hantaran Facebook berkata, dalam majlis tersebut Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan barisan pemimpin tertinggi universiti tersebut.



“Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi and Sosiologi.

“Manakala Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan,” katanya.

Turut berangkat anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Tambahnya, Universiti of London, kini tersenarai dalam 25 universiti terbaik di United Kingdom (The Guardian University League Table, 2022) yang dirasmikan pada 30 Jun 1886 oleh Baginda Ratu Victoria. E9



Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu



Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker