Sarawak tanam padi hibrid, sasar 80% pengeluaran beras

GEDONG: Sarawak mampu memenuhi 80% daripada keperluan berasnya menerusi projek perintis penanaman padi benih hibrid, yang dijangka mula membuahkan hasil dalam tempoh di antara tiga dan lima tahun lagi.

Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata kawasan penanaman padi hibrid itu dikenal pasti di Lubok Punggor di sini, Tanjung Bijat (Sri Aman), Spaoh (Betong) dan Tanjung Purun (Lundu), yang keseluruhannya merangkumi kawasan seluas 10,000 hektar.

“Kalau kita ada 10 ribu hektar dengan (padi) hibrid yang baru ini, kita dapat mengeluarkan 200,000 tan (beras) setahun dan dapat mencapai 80% keperluan kita di Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek penanaman padi itu di Kampung Lubok Punggor.



Abang Johari berkata padi hibrid berkenaan dibangunkan oleh pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan menggunakan varieti benih padi dari Vietnam dan berupaya mengeluarkan hasil sehingga tiga kali ganda berbanding penanaman padi biasa.

Beliau berkata dua varieti padi hibrid itu, dihasilkan UPM dengan kerjasama sebuah syarikat swasta Global Farm Biotech Sdn Bhd.

Abang Johari berkata buat masa ini, keluaran beras tempatan Sarawak hanya dapat memenuhi 34% permintaan beras di negeri itu dan statistik Bernas pada tahun lepas menunjukkan, Sarawak mengeluarkan 83,000 metrik tan beras serta mengimport 145,468 metrik tan.

Beliau berkata inisiatif penanaman padi benih hibrid itu, akan turut diperluaskan ke kawasan lain di negeri ini.



“Kita berkehendakkan kerajaan persekutuan membantu kita (dalam penyediaan infrastruktur) dan akhirnya pada 2030, mungkin kita menjadi kawasan jelapang padi Malaysia dan tidak menggunakan banyak kawasan tanah, kalau kita gunakan (penanaman padi) hibrid dan teknologi baru.

“Kita mungkin akan mempunyai lebihan beras… kalau kita menambah lagi dengan kawasan tanaman kita, mungkin kita boleh jadi pengeksport beras,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker