Sokong calon BN, PH untuk capai kestabilan politik – Johari

Sokong calon BN, PH untuk capai kestabilan politik – Johari

Naib Presiden Umno Johari Ghani meminta pengundi di Selangor menyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kerana kedua-dua gabungan itu mempunyai rekod prestasi yang baik dalam mentadbir negeri.

“Selangor ditadbir BN selama 60 tahun, kemudian kita kalah dan diambil alih oleh PH.



“Kita tengok mereka (PH) juga boleh membangunkan negeri ini dengan baik,” katanya ketika menyantuni pengunjung dan peniaga Pasar Tani Taman AU2 bersama calon PH di Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli.

Pada PRN 12 Ogos ini, Juwairiya bersaing satu lawan satu menentang Azmin Ali (Perikatan Nasional), yang juga bekas menteri besar Selangor dan Adun Bukit Antarabangsa tiga penggal.

Johari berkata, asas untuk kerajaan persekutuan dan negeri yang berkesan terletak pada kestabilan politik dan pemimpin yang berkebolehan.

Kedua-dua faktor ini diperlukan untuk memacu ekonomi dan membawa manfaat kepada rakyat, katanya lapor New Straits Times.



“Kalau tengok negara besar di luar, habis sahaja pilihan raya mereka akan habis (berpolitik),” katanya.

“Kita habis pilihan raya, bangun esok pagi ada lagi politik, malah 365 hari cerita politik, akhirnya rakyat yang akan berdepan masalah.” FMT

Sokong calon BN, PH untuk capai kestabilan politik – Johari

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker