Polis panggil Razali bantu siasatan kenyataan menghina

Polis panggil Razali bantu siasatan kenyataan menghina

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan dipercayai bersifat penghinaan terhadap sistem keadilan negara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ADUN Kijal itu dipercayai mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan keputusan oleh Institusi Kehakiman dikawal oleh kerajaan.



“Beliau (Razali) dipercayai mengeluarkan kenyataan itu semasa Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PRK 040 di Kemaman, Terengganu 10 Nov lepas,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya rakaman percakapan Razali dibuat di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah di Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu semalam.

Mohd Shuhaily berkata kenyataan Razali itu telah ditularkan oleh pengendali akaun TikTok ‘@WANCIN11’ pada 14 Nov lepas.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



“Kes ini masih di peringkat siasatan dan PDRM mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi supaya tidak mengganggu proses siasatan,” katanya.

Susulan itu, kertas siasatan akan dilengkapkan dengan segera dan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat.

Rabu lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung satu hantaran aplikasi TikTok yang dikatakan tidak tepat serta menjejaskan kepercayaan orang awam kepada sistem penguatkuasaan dan perundangan negara.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan bahawa menerusi hantaran dibuat pemilik akaun @WANCIN11 itu, Razali dirakam mengeluarkan beberapa tuduhan palsu. Mk



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu



GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam



GV10: Noryn Aziz tersingkir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker