Kempunan bertemu kekasih di Batam

Kempunan bertemu kekasih di Batam

Batam: Seorang lelaki warga Malaysia ditahan kerana masuk secara haram ke Indonesia kerana mahu bertemu kekasihnya.

Lelaki itu pada mulanya masuk ke Indonesia menerusi Batam dengan menggunakan khidmat ejen.



Dia dilaporkan perlu membayar RM2,500 kepada ejen untuk membolehkannya masuk tanpa melalui prosedur ditetapkan pihak berkuasa imigresen Indonesia.

Lelaki itu berbuat demikian untuk bertemu kekasihnya yang berasal dari negara berkenaan selepas mereka berkenalan di sebuah kelab malam di Johor.

Namun tahun lalu, wanita terbabit bagaimanapun pulang ke Indonesia selepas Covid-19.

Selepas pandemik mula pulih dan sempadan antarabangsa dibuka, lelaki terbabit membuat keputusan untuk bertemu kekasihnya.



Lelaki itu kemudian menaiki bot melalui Pulau Rangsang sebelum membeli tiket feri untuk menuju ke Batam.

“Saya mahu bertemu kekasih di Indonesia,” kata lelaki terbabit menerusi penterjemah ketika ditemu bual.

Bagaimanapun, lelaki itu mengakui tidak sempat bertemu kekasihnya selepas dia ditahan polis.

Selepas dua hari di Batam, dia tidak bertemu kekasihnya dan membuat keputusan untuk pulang semula ke Malaysia.



Namun, sebaik tiba di perairan Pulau Rangsang untuk kembali ke Malaysia, dia ditahan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) pada 6 Ogos lalu.

Lelaki itu ditahan bersama sembilan lagi warga Indonesia yang mahu menyeludup masuk ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.

Sementara itu, Ketua Imigresen Riau, Theodorus Simarmata berkata, pihaknya sudah memaklumkan penahanan lelaki terbabit kepada Konsulat Malaysia.

Bagaimanapun, tiada maklum balas diterima daripada pihak konsulat walaupun lelaki terbabit mengakui warganegara Malaysia. HM



Kempunan bertemu kekasih di Batam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker