Umno tetap letak calon di Tambun

#PRU15

Umno tetap letak calon di Tambun

Umno tetap meletakkan calon di kerusi Parlimen Tambun biarpun PAS ada meminta parti itu memberi laluan dan bekerjasama dengan calon Perikatan Nasional (PN), Ahmad Faizal Azumu bagi menewaskan Pakatan Harapan (PH) diwakili Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, berkata di peringkat Barisan Nasional (BN) tiada pakatan untuk memberi laluan kepada mana-mana parti lawan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).



“Kita tidak ada pakatan untuk memberikan laluan kepada (mana-mana parti lawan) dalam pertandingan ketika PRU15.

“Oleh itu tak berbangkit Umno, BN tak hantar calon di Tambun. Kita akan berdepan apa juga keputusan kemudiannya,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan FMT di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang pemimpin PAS yang meminta Umno, parti itu dan Bersatu membentuk pakatan pilihan raya di Tambun jika mahu melihat karier politik Anwar “tersungkur” di Parlimen berkenaan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marzuki, berkata Parlimen Tambun dan dua DUN bawahnya, iaitu Hulu Kinta dan Manjoi, boleh ditawan parti Melayu jika Umno memberi laluan kepada Faizal daripada Bersatu bertanding di situ, manakala calon Umno di Hulu Kinta dan PAS di Manjoi. FMT



BERITA LANJUT MENYUSUL

Umno tetap letak calon di Tambun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker