Lelaki maut dihempap jentolak

Lelaki maut dihempap jentolak

Tenom: Seorang lelaki maut dihempap jentolak dalam kejadian di Kampung Tuan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Lagut di sini di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 60 tahun yang memandu jentolak berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.



Difahamkan, mangsa yang sedang melakukan kerja-kerja mengangkat tanah dipercayai gagal mengawal jentera berkenaan sebelum terbalik dan menghempapnya.

Jurucakap Pusat Gerakan (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 10.12 pagi.

Katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dan pacuan empat roda bomba terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa masih berada di dalam ruang pengendali jentolak berkenaan dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.



“Sebaik berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.49 pagi. HM

Lelaki maut dihempap jentolak




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker