Cukai jalan, lesen memandu digital, semua pihak kena sepakat – Musa

Cukai jalan, lesen memandu digital, semua pihak kena sepakat – Musa

Bekas ketua polis negara Musa Hassan berkata, Kementerian Pengangkutan perlu menjalankan kajian mendalam mengenai pendigitalan lesen kenderaan bermotor, atau cukai jalan, dan lesen memandu sebelum memutuskan pengguna jalan raya tidak perlu mempamerkannya lagi.

Jika tidak, katanya, masalah mungkin timbul dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya berkaitan cukai jalan dan lesen memandu digital.



“Kajian kebolehlaksanaan perlu dilakukan terlebih dahulu mengenai cara mengatasi masalah yang mungkin berlaku agar rancangan itu tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat,” katanya kepada FMT.

Musa menegaskan bahawa peraturan dan undang-undang jalan raya bukan sahaja dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi juga pihak berkuasa lain, termasuk polis dan majlis tempatan.

Beliau bertanya bagaimana penguatkuasaan akan dijalankan oleh pihak-pihak berkuasa ini jika mereka tidak mempunyai akses kepada pangkalan data lesen digital JPJ.

“Jika pengguna tidak dikehendaki (mempamerkan dan membawa) cetakan cukai jalan dan lesen memandu mereka, bagaimanakah pihak berkuasa selain JPJ akan menyemak butiran pendaftaran kenderaan dan pemandu?



“Begitu juga apabila kita ingin menyeberang ke Thailand atau Singapura, bagaimana kawalan sempadan di sana akan menyemak dokumen-dokumen ini?” soalnya.

Beliau berkata, walaupun beliau menyokong langkah untuk mendigitalkan dokumen-dokumen tersebut, pihak berkuasa lain mesti mempunyai akses kepada pangkalan data JPJ untuk mengelakkan sebarang kesulitan bagi penguatkuasa undang-undang.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengumumkan minggu lepas bahawa kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan.

Beliau berkata, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan bahawa cukai jalan mesti dilekat dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi. FMT



Cukai jalan, lesen memandu digital, semua pihak kena sepakat – Musa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker