Kenapa model jelita ini dibunuh dengan kejam

Kepala Abby Choi dijumpai di dalam periuk

Kenapa model jelita ini dibunuh dengan kejam

Pembunuhan ngeri sosialit Hong Kong, Abby Choi dipercayai dirancang bekas bapa mentuanya selepas polis menemui bahagian tubuhnya di rumah sewa yang dijadikan tempat penyembelihan.

South China Morning Post (SCMP) melaporkanditangkap pada Sabtu.



Polis sebelum ini menahan ibu bapa dan abang bekas suami Abby, dan ketiga-tiga mereka akan menghadapi tuduhan membunuh.

Siasatan polis mendapati, bekas bapa mentua antara dalang pembunuhan itu, menurut sumber polis.

Media tempatan melaporkan bekas suami Abby dikenali sebagai Alex Kwong ditahan di kawasan pantai Tung Chung, kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu, menurut laporan berita.

“Mungkin dia sedang menunggu bot laju untuk melarikan dirI…,” kata sumber yang dipetik SCMP.



Media tempatan melaporkan, bekas suami itu didakwa penjenayah dikehendaki yang terbabit dalam penipuan emas berjumlah lima juta dolar Hong Kong (kira-kira RM2.8 juta) dan polis memburunya selama bertahun-tahun.

Siasatan awal polis mendapati, Abby, 28, yang juga model dan pempengaruh terkenal, baru-baru ini merancang untuk menjual hartanah Kadoorie Hill di Ho Man Tin, yang dibelinya atas nama bekas bapa mentuanya. Ho Man Tin ialah kejiranan kediaman mewah di tengah Kowloon.

Bekas bapa mentuanya dikatakan tinggal di situ, namun Abby dikatakan berjanji untuk menempatkan semula bekas suaminya dan ahli keluarga lelaki itu ke tempat lain.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan tentangan hebat daripada bekas bapa mentuanya yang sebelum ini mempunyai beberapa pertelingkahan dengan mendiang.



Pembunuhan itu dipercayai dilakukan atas pertikaian mengenai harta yang menelan belanja puluhan juta dolar Hong Kong.

Siasatan juga mendapati Abby tidak mendaftarkan perkahwinannya dengan suaminya sekarang iaitu anak kepada pengasas TamJai Yunnan Mixian, rangkaian restoran kasual di Hong Kong yang beroperasi di tanah besar China.

Ini bermakna asetnya akan diwarisi oleh dua anaknya iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dengan Kwong, kata laporan.

Awal minggu ini, pihak berkuasa menjumpai kaki mangsa yang disembunyikan di dalam peti sejuk di sebuah rumah sewa di Kampung Lung Mei di sini.



Polis turut menemukan tisu manusia dalam periuk sup.

“Kami masih mencari kepala, badan dan tangan yang kami percaya sudah dilupuskan,” kata Superintendan unit jenayah wilayah Kowloon West, Alan Chung kepada pemberita pada Sabtu. HM

Kenapa model jelita ini dibunuh dengan kejam

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya



Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker