Angkatan Mahasiswa tuntut pemansuhan AUKU seperti dijanjikan PH

Angkatan Mahasiswa tuntut pemansuhan AUKU seperti dijanjikan PH

Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) menuntut kerajaan menjemput wakil gerakan pelajar untuk terbabit sama dalam Jawatankuasa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Menerusi satu kenyataannya, Angkatan Mahasiswa menegaskan pembabitan pelajar atau wakil gerakan mereka adalah untuk berbincang soal pemansuhan AUKU secara keseluruhan.



“Kami menggesa semua ahli Parlimen, sama ada blok kerajaan dan pembangkang, untuk bersama-sama dengan mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia, terus menyoal dan menekan kerajaan bagi memansuhkan AUKU seperti yang dijanjikan.

“Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) juga harus lebih tangkas dan cepat berjumpa dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai perkara berkenaan,” katanya.

Katanya, Angkatan Mahasiswa UM memberi tempoh masa selama 14 hari untuk Mohamed Khaled untuk memberi respon atas tuntutan daripada pihaknya itu.

Menurut Angkatan Mahasiswa, sebelum ini Mohamed Khaled mengeluarkan kenyataan bahawa kementerian tiada cadangan untuk memansuhkan AUKU.



Bagaimanapun, mereka mendakwa, ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pemuda Pakatan Harapan (PH) berjanji memansuhkan AUKU dan ia juga terdapat di dalam manifesto PH.

“Kerajaan boleh beri alasan bahawa ia tidak boleh dilaksanakan disebabkan kerajaan pada hari ini adalah ‘Kerajaan Perpaduan’. akan tetapi janji tetap janji.

“Memetik kenyataan Khaled di portal berkenaan ‘undang-undang itu masih relevan terutama dalam soal pentadbiran universiti dan kerajaan terbuka untuk menambah baik AUKU dan sentiasa melibatkan pihak berkepentingan’.

“Angkatan Mahasiswa UM tidak menafikan bahawa undang-undang di setiap institusi itu perlu ada, akan tetapi jika AUKU disalahgunakan bukankah ia suatu kemunafikan,” katanya.



Mereka berkata, mengikut laporan media, pada 11 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengeluarkan kenyataan dengan berjanji bahawa ‘Mahasiswa bebas kritik kerajaan.

Katanya, perkara itu tidak semestinya kerajaan yang akan menghalang mahasiswa atau mahasiswa untuk bersuara, ia juga boleh jadi situasi di mana pentadbiran universiti sendiri yang menyalahgunakan kuasa untuk mengekang mereka daripada bebas bercakap soal politik di dalam kampus. FMT

Angkatan Mahasiswa tuntut pemansuhan AUKU seperti dijanjikan PH

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya



Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker