Projek empangan air bawah tanah Langkawi hanya angan-angan Mat Jenin

Projek empangan air bawah tanah Langkawi hanya angan-angan Mat Jenin

Cadangan kerajaan negeri Kedah yang ingin membina empangan air bawah tanah di Langkawi disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, ia kerana projek mudah seperti penyelenggaraan paip bawah tanah pun tidak dilakukan kerajaan negeri apatah lagi mahu membina empangan bawah tanah.

“Penyelenggaran dan projek atas tanah pun teruk, bila kerajaan persekutuan buat spot check keadaan loji loji air tersangat teruk. Projek loji air yang persekutuan bagi duit ratusan juta di Kuala Muda dan Baling yang dijangka siap 2023 pun bayang tak nampak.

Bella Astillah minta cerai

“Kita bukan hendak jadi pesimis tapi kita perlu menjadi realistik, dan bagaimana kita hendak menjadi realistik? Kita melihat track record kerajaan negeri dalam melaksanakan projek projek mega,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shaiful Hazizy mengulas kenyataan Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria yang kerajaan negeri sedang dalam penerokaan sumber air baharu.

Jelas Mohamad Yusoff, langkah itu adalah alternatif bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air bersih di negeri ini tidak akan menyebabkan berlaku mendapan seperti di Jakarta, Indonesia.

Malah kata Mohamad Yusoff, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sudah membuat kajian dan mengambil kira semua faktor berkenaan apabila sesebuah kawasan dikenal pasti untuk dibangunkan projek seumpamanya.

Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy mendakwa di bawah pentadbiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, banyak projek tidak digerakkan seperti mana yang digembar-gemburkan.

“Pernah kita dengar apa perancangan kerajaan negeri untuk cari dana perlaksanaan empangan ini? Tiada bukan? Malah duit kerajaan negeri pun semua bergantung kepada pelaburan yang kerajaan pusat cari untuk KXP.

“Itu belum lagi kita hendak ambil kira risiko yang bakal kita hadapi dengan pembinaan empangan bawah tanah. Melihatkan kepada rekod penyelenggaraan kerajaan negeri yang acuh acuh, risiko akan lebih meningkat.

“Pertama isu sink hole. Kedua kualiti air bawah tanah yang akan rosak dengan resapan racun serangga. Nanti siapa yang tanggung akibatnya, rakyat Kedah jua. Kasihan mereka,” kata Shaiful Hazizy lagi.

Pada jawapan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Rabu lalu, Mohamad Yusoff berkata projek empangan air bawah tanah akan dilaksanakan di Padang Mat Sirat, Langkawi.

Projek perintis ini, kata beliau, akan menelan belanja sebanyak RM453 juta dengan kapasiti 50 juta liter padu air dapat dibekalkan. MG

Projek empangan air bawah tanah Langkawi hanya angan-angan Mat Jenin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker