Hakim tertinggi Indonesia digesa letak jawatan

Aktivis dan bekas hakim di Indonesia hari ini menggesa seorang hakim tertinggi Mahkamah Perlembagaan meletak jawatan, selepas mempertikai kewibawaannya kerana didakwa melanggar etika.

Antara isu utama ialah berhubung keputusannya membenarkan anak presiden republik itu bertanding jawatan naib presiden walaupun tidak memenuhi syarat umur.

Anwar Usman, abang ipar Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), semalam disingkir sebagai ketua hakim negara oleh panel etika kerana konflik kepentingan itu.



Ia termasuk kegagalan menarik diri daripada kes, yang akhirnya memihak kepada anak saudaranya, Gibran Rakbuming Raka.

Bagaimanapun, pengkritik mendakwa panel membenarkan Anwar kekal di bangku simpanan, bukan memecatnya kerana tindakan itu dibimbangi akan menjejaskan kredibiliti mahkamah yang dikatakan tunduk kepada campur tangan luar.

“Untuk memulihkan maruah Mahkamah Perlembagaan, kami menggesa Anwar Usman meletak jawatan supaya dia tidak lagi membebankan mahkamah,” kata Ismail Hasani dari Institut Setara, sebuah kumpulan hak asasi manusia dan demokrasi.

Mengikut artikel bertajuk ‘kehinaan kehakiman’ yang diterbitkan portal Jakarta Post, mendakwa tindakan mahkamah itu sebagai ‘cerminan yang rosak’.



Sebagai maklum balas terhadap kenyataan itu, Anwar hari ini berkata beliau tergolong sebagai mangsa penjejasan kewibawaannya dan terpaksa berdepan fitnah tidak berasas lagi kejam.

Gibran didapati tidak layak untuk bertanding jawatan naib presiden kerana usianya tidak cukup empat tahun, berikutan umur minimum layak bertanding ditetapkan pada 40 tahun.

Namun, ketika tinggal tiga hari lagi sebelum pendaftaran untuk pilihan raya 14 Februari depan, mahkamah memutuskan bahawa peraturan itu tidak perlu dikenakan terhadap semua calon.

Keputusan Gibran selaku calon naib presiden untuk menjadi ‘pasangan setanding’ Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, yang bertanding bagi jawatan presiden, meningkatkan spekulasi bahawa Jokowi berusaha mengekalkan pengaruh selepas menamatkan penggal kedua dan terakhir tahun depan.



Jokowi menghadapi tuduhan bahawa beliau dikatakan campur tangan dalam keputusan itu. Bagaimanapun, beliau enggan memberi reaksi terhadap persoalan itu.

Panel semalam berkata Anwar mencipta peluang untuk cubaan campur tangan daripada pihak luar.

Pengarah Eksekutif Amnesty International Indonesia, Usman Hamid, berkata panel yang membenarkan semua hakim kekal di mahkamah itu gagal memulihkan kepercayaan orang ramai.

Tambah beliau, negara memerlukan mahkamah yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan sebarang pertikaian berkaitan pilihan raya tahun depan.



Bekas ketua hakim, Hamdan Zoelva, berpandangan peristiwa baru-baru ini menjejaskan keyakinan orang ramai.

Nada sama turut disuarakan bekas hakim mahkamah, Maruarar Siahaan, apabila menegaskan adalah wajar untuk Anwar meletak jawatan.

Menurut pakar undang-undang, Bivitri Susanti, panel itu bersikap lembut terhadap Anwar, maka mereka sepatutnya dihukum secara tidak bermaruah dan terus dipecat. – REUTERS

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker