Beri peruntukan pada MP pembangkang tanpa syarat – Bersih

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan kerajaan madani memberikan Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) kepada ahli-ahli parlimen pembangkang tanpa syarat tertentu.

Bersih menyifatkan penahanan peruntukan CDF kepada ahli parlimen PN sebagai tidak adil apabila ia hanya diperuntukkan kepada ahli parlimen yang menyokong kerajaan.

“Bersih tidak setuju peruntukan CDF untuk ahli-ahli parlimen pembangkang diikatkan dengan syarat-syarat tertentu kerana peruntukan ini patut diberi sebagai hak ahli parlimen tanpa mengira parti.



“Mereka juga dipilih oleh rakyat dan kerajaan Madani harus menghormati pilihan pengundi kawasan pembangkang dan tidak menggunakan peruntukan sebagai cip tawar-menawar untuk tarik sokongan ahli-ahli parlimen pembangkang,” kata badan pemerhati pilihan raya itu dalam satu kenyataan petang ini.

Terdahulu beberapa ahli parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada perdana menteri dengan menyatakan salah satu sebab mereka berbuat demikian adalah bagi mendapatkan peruntukan untuk kawasan masing-masing.

Terbaru, Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman berkata dia hadir ke pejabat Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Wilayah Persekutuan semalam untuk menguruskan peruntukan tersebut, iaitu kira-kira seminggu selepas menyatakan sokongan kepada Anwar.

‘Realiti malang politik hari ini’



Sementara itu Bersih berpendapat ahli parlimen PN yang menyatakan pendirian menyokong Kerajaan Persekutuan menunjukkan ‘realiti malang politik di Malaysia hari ini’.

“Mereka yang sehaluan dengan kerajaan mendapat wang awam dan sebaliknya mereka yang tidak menyokong kerajaan akan dihukum dengan ditahan peruntukan tersebut.

“Amalan tidak adil ini yang bermula di zaman BN dan disambung di zaman PN telah dibantah dan dijanji penghapusannya oleh PH dalam manifesto PRU15,” katanya.

Justeru Bersih mengesa Kerajaan Madani dan PN menjalinkan perjanjian persefahaman (MOU) untuk melakukan reformasi institusi demi kestabilan politik sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.



Bersih berkata MOU seumpama itu membolehkan kerajaan dan pembangkang berkerjasama serta bersaing secara profesional dalam mengatasi cabaran ekonomi dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat.

“MOU ini boleh merangkumi pelbagai item reformasi, selain pengkanunan CDF setara untuk semua ahli parlimen dan Adun, juga pendanaan awam untuk semua parti mengikut peratusan undi, pengiktirafan kabinet bayangan, pendalaman (deepening) reformasi parlimen, Akta Parlimen Berpenggal Tetap, serta pemisahan badan pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara.

Sekiranya usaha itu gagal, katanya terdapat keperluan untuk mendapat bantuan daripada Yang Dipertua Dewan Negara, Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang telah banyak mengotakan kebanyakan reformasi institusi dalam MOU antara 2021-2022.

Ini katanya termasuk penglibatan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul sebagai ‘orang tengah’ untuk membawa perdamaian demi kepentingan rakyat Malaysia.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker