Kereta terbakar punca sesak 17 km berhampiran Terowong Menora

Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta yang berlaku di KM259, Lebuh Raya Utara-Selatan hari ini

IPOH – Kebakaran sebuah kenderaan di Kilometer (km) 259 arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh di Lebuh Raya Utara-Selatan menyebabkan kesesakan sejauh 17 kilometer hari ini.

Menurut ciapan Lebuh Raya Utara-Selatan, lorong kiri di tempat kemalangan masih lagi ditutup, dengan kesesakan awal di lokasi tersebut pada awalnya direkodkan sejauh 5 km sebelum kini menjadi 17 km.

“Status terkini lorong kiri masih ditutup. Trafik sesak 17 km. Sila rancang perjalanan anda dan pandu berhati-hati. Harap maklum,” ciapnya.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kebakaran tersebut melibatkan sebuah kereta jenis BMW yang musnah 90 peratus.



Katanya, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa dengan tindakan pemadaman telah diambil dan selesai sepenuhnya pada pukul 5.04 petang tadi.

Menurut hantaran seorang pengguna Facebook, Nurul Atikah Mohamad Zakaria pula, kesesakan itu berlaku berhampiran Terowong Menora, dengan penumpang kenderaan itu berjaya menyelamatkan diri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker