Gara-gara dakwaan Siti Kasim, jam Buruj out of stock

Gara-gara dakwaan Siti Kasim, jam Buruj out of stock

Jam jenama Buruj yang dipakai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad kehabisan stok.

Semakan di laman sesawang Buruj Shop memaparkan Buruj Adam Hawa Rose Gold untuk lelaki seperti yang dipakai oleh Idris tidak lagi mempunyai stok. Begitu juga Buruj Adam Hawa Rose Gold untuk wanita turut kehabisan stok.

Jam berharga RM279 itu popular selepas peguam Siti Kassim di Twitternya mendakwa Idris memakai jam berjenama mewah Rolex.

Pengedar jam jenama tersebut dalam Facebooknya berkata, laman sesawang pihaknya menjadi sesak sehingga tidak boleh diekses oleh orang ramai. Kesesakan tersebut dipercayai berlaku selepas tular berikutan dakwaan yang dibuat oleh Siti Kassim serta jawapan yang diberikan oleh Idris.

“Hai. kami terima order sgt tinggi hari ini. Boleh terus ke website rasmi kami.

“Maaf. Memang jem teruk website,” kata pentabir Facebook Buruj Watches HQ selepas mendapat banyak aduan daripada pengguna yang mahu membeli secara dalam talian tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana tidak boleh diekses oleh mereka.

Siti Kassim dalam hantaran di Twitternya pada 4 September lalu , aktivitis itu meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam tangan Rolex dipakai Idris.

“Dengar-dengar dia adalah Menteri Agama yang baru sekarang. Heboh berdoa di lantai pejabat. Juga memakai tanda nama Jawi sahaja. Tiada BM. Tetapi lihat jam tangan emas Rolex-nya,” ciap Siti Kasim di Twitter.

Bagaimanapun ciapan Siti Kassim itu telah dibalas oleh Idris dengan menyatakan bahawa dia hanya memakai jam jenama Buruj. Jam berkenaan digunakan bagi memudahkan beliau mengetahui waktu solat dan arah kibat untuk bersembahyang.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” terang Idris membalas ciapan Siti Kassim di Twitter peguam kontroversi itu.

Hantaran Idris itu telah diulang ciap sebanyak 1,551 kali dan mendapat 4,210 suka. SM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Alladin, pedofilia paksa kanak-kanak tengok porno sebelum cabul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker