Caprice akhirnya akan pulang hari ini

Caprice akhirnya akan pulang hari ini

Selebriti dan aktivis, Caprice atau Ariz Ramli, 33, mendedahkan dia kini dalam perjalanan pulang ke tanah air Malaysia.

Penyanyi Kau Hade dan Xde Hal Bro itu berkongsi khabar berkenaan menerusi saluran Telegram miliknya, MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram, tengah malam tadi.



“Salam Malaysia! Alhamdulillah selepas dua bulan lebih. Mungkin inilah pengembaraan paling gila setakat ini. Akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok (hari ini).

“Saya minta maaf atas kelewatan, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan beberapa hal dalam misi saya,” katanya.

Dalam perkongsian sama Caprice memaklumkan, segala urusan berkaitan perniagaan akan dijalankan selepas dia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin kendiri.

“Hoodies Koyak Ke Bro Edisi Terhad hampir siap, malangnya saya sekarang urus seorang diri sebab kakitangan lama yang mengambil pesanan dan penghantaran tidak lagi dengan saya,” ujarnya.



Meninjau akaun Instagramnya, Caprice ada memuat naik membeli barangan oleh-oleh untuk khas buat peminat dan pengikutnya. Utusan

Caprice akhirnya akan pulang hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Alladin, pedofilia paksa kanak-kanak tengok porno sebelum cabul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker