Ismail Sabri, Anina setuju selesaikan saman fitnah

Ismail Sabri, Anina setuju selesaikan saman fitnah

Saman yang dikemukakan Ismail Sabri Yaakob ke atas bekas ketua Srikandi Bersatu, Anina Saadudin, diselesaikan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan hari ini.

Ismail Sabri selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu atas kapasiti peribadi.



Persetujuan penyelesaian itu direkodkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Firuz Jaffril tengah hari tadi. Peguam plaintif Ragunath Kesavan mengesahkan persetujuan itu.

“Pihak yang berkaitan mencapai persetujuan berdasarkan kepada syarat perintah injuksi sebelum ini.

“Tiada arahan bayaran bagi sebarang kos atau ganti rugi,” kata peguam itu .

Ragunath juag menambah keputusan hari ini merupakan penyelesaian menyeluruh dan terakhir berhubung tindakan undang-undang yang dibuat.



Pada 11 Mac lalu, Ismail Sabri memperoleh perintah interim injunksi daripada mahkamah untuk memaksa Anina dengan serta-merta memadamkan semua kenyataan fitnah di laman Facebooknya.

Sementara itu, Anina memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia sudah memadam hantaran yang disebutkan dalam tuntutan saman itu dan juga telah menfailkan penyataan pembelaannya hari ini. Mk

Ismail Sabri, Anina setuju selesaikan saman fitnah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker