Pesohor TikTok minta maaf selamba makan nasi padang dalam panggung wayang

Alwi membuat permohonan maaf berhubung perbuatannya yang makan nasi padang di dalam panggung wayang. – TikTo

Seorang pesohor TikTok yang dikecam hebat kerana makan nasi padang di dalam sebuah pawagam di Indonesia tampil membuat permohonan maaf berhubung perbuatannya, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Alwi Johan memuat naik video permohonan maaf  di TikTok selepas aksinya  tular dan mendatangkan kemarahan penonton lain.

“Saya minta maaf kepada seluruh masyarakat Indonesia dan kepada semua pawagam di negara ini kerana  makan nasi padang di dalam panggung wayang,” katanya.

Alwi sebelum ini memuat naik video dia  ‘menyeludup’ masuk makanan tersebut ke dalam pawagam dengan menyembunyikannya di dalam sebuah beg.



Selepas berjaya lolos daripada petugas pawagam, Alwi duduk di atas kerusi lalu membuka bungkusan nasi padang dan makan dengan selamba sambil menonton filem.

Nasi padang yang ‘diseludup’ masuk itu mengeluarkan aroma kuat sehinggakan penonton lain dikatakan berasa kurang selesa ketika menonton filem kegemaran mereka.

Namun, Alwi tetap meneruskan makan nasi padang sehingga habis tanpa mempedulikan pandangan orang lain.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.



“Baru datang dari kampung,” kata seorang netizen. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina



Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker