Lebih 30,000 undi Kit Siang keluar Malaysia

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Lebih 32,000 warga maya mengundi mahukan Penasihat DAP, Lim Kit Siang keluar Malaysia, disebalik suara-suara mendesak pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik meninggalkan negara ini.

Undian melalui laman media sosial Facebook itu dilakukan oleh akaun Fakir Ilmu bermula hari ini, yang setakat 8.10 malam tadi telah mengumpul 33,700 pengundi.

Daripada kesemua pengundi yang terlibat, 98 peratus memilih ‘Lim Kit Siang keluar Malaysia’.

“Memandangkan Lim Kit Siang meminta Dr. Zakir Naik keluar secara sukarela dari Malaysia, maka kami di Fakir Ilmu hendak buat undian, siapa hendak Lim Kit Siang keluar dari Malaysia dan Dr. Zakir Naik kekal di Malaysia,” menurut keterangan undian tersebut.

Kemudian, Fakir Ilmu menerusi laman web berkata, walhal tiada langsung jenayah atau salah laku yang dilakukan Dr. Zakir selama (berada) di negara ini.

“Amat menghairankan apabila ahli politik yang dikaitkan dengan salah laku besar iaitu rogol pula seolah dilindungi oleh ahli politik Malaysia baharu, serta cuba ‘disapu’ di bawah karpet,” dakwa Fakir Ilmu menerusi laman web, www.fakirilmu.com, hari ini.

Jelas laman web itu lagi, di sebalik janji manifesto yang dimungkiri, ekonomi yang cacamarba, kestabilan politik yang semakin merisaukan dan perpaduan rakyat yang semakin retak, nampaknya terdapat satu hal yang sentiasa konsisten diperjuangkan oleh ahli politik kerajaan Malaysia baharu.

“Mereka bermati–matian cuba menghalau serta memburukkan pendakwah Islam, Dr Zakir Naik.

”Ini membuatkan kita tertanya–tanya sama ada agenda menghalau Dr. Zakir Naik ini sememangnya ditulis sebagai salah satu janji pilihan raya mereka,” soal laman web itu.

Mengulas mengenai undian yang dijalankan, Fakir Ilmu membangkitkan reaksi sesetengah warga maya yang meminta agar Kit Siang mengemukakan bukti bahawa beliau sememangnya lahir di Malaysia.-UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker