Hadi, Muhammad Fawwaz disiasat kerana kenyataan berunsur perkauman

Hadi, Muhammad Fawwaz disiasat kerana kenyataan berunsur perkauman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan berunsur perkauman, membabitkan dua wakil rakyat daripada Perikatan Nasional (PN).

Kertas siasatan itu dibuka ke atas Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Ahli Parlimen Permatang Pauh yang Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan.



Abdul Hadi disiasat kerana mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah punca gejala rasuah di Malaysia, manakala Muhammad Fawwaz pula didakwa memfitnah orang bukan Islam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata siasatan ke atas Abdul Hadi dan Muhammad Fawwaz dibuat mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan.

Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan adalah berkaitan niat mengapi-apikan atau mungkin mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap golongan atau kaum lain.

Beliau berkata, siasatan ke atas dua wakil rakyat itu turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.



“(Ia) berhubung kenyataan dikeluarkan (Ahli Parlimen) Permatang Pauh (Muhammad Fawwaz) yang dilaporkan membuat fitnah ke atas orang bukan Islam dan kenyataan dilaporkan (Ahli Parlimen) Marang (Abdul Hadi) berkenaan golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah punca gejala rasuah di Malaysia.

“Memandangkan kedua-dua kes masih dalam tindakan PDRM, saya tidak berhasrat mengulas lanjut untuk tidak mengganggu siasatan sedang dilaksanakan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mengenai laporan polis terhadap Muhammad Fawwaz dan Abdul Hadi berhubung kenyataan berbaur fitnah kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan.

Sebelum ini, Muhammad Fawwaz menerusi entri di Facebooknya dilaporkan berkata: “… Dalam sirah belum pernah ada sejarah kafir ada keinginan untuk memartabatkan agamamu wahai Muslim, tetapi menjatuhkan agamamu selalu diingatkan dalam al-Quran.”



Namun tidak lama kemudian dia memohon maaf dan berkata kenyataan berkenaan ditulis dan dimuat naik oleh pengendali Facebooknya, selain berharap isu berkenaan tidak diperbesarkan kerana kenyataan itu sudah dipadam.

Kenyataan Muhammad Fawwaz dilihat bercanggah dengan tulisan Abdul Hadi dalam buku Fiqh al-Harakah dan turut disanggah pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin dengan memetik beberapa contoh bantuan orang kafir terhadap Nabi Muhammad SAW bagi dakwah Islam, seperti dinyatakan dalam tulisan Presiden PAS itu.

Sementara itu, Abdul Hadi menerusi kenyataannya pada Ogos tahun lalu, mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara, selain memberi perbandingan melawan rasuah dengan usaha mencegah ‘penyakit denggi’. BH

Hadi, Muhammad Fawwaz disiasat kerana kenyataan berunsur perkauman



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker