Wanita selamba tangkap ular sawa 3 meter dengan tangan

 

Suharni berjaya menangkap ular sawa sepanjang 3 meter dengan menggunakan tangannya di Kota Semarang pada bulan lalu. – Foto Kompas.com

Seorang wanita, Suharni  menjadi popular di media sosial selepas video dia menangkap ular sawa sepanjang 3 meter  di Kota Semarang, wilayah Jawa Tengah,  menjadi tular di media sosial, lapor portal berita Kompas.com hari ini.

Dia yang berusia 48 tahun dan tinggal di Perumahan Bringin Lestari, Mukim Ngaliyan mengaku aksinya menangkap reptilia itu sempat dirakam  oleh penduduk setempat.

“Saya tidak menyangka ia  menjadi tular. Saya juga tidak tahu kalau (aksinya menangkap ular) telah  dirakam,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya kelmarin.



Suharni memberitahu,  kejayaan menangkap ular itu berlaku pada 21 Mac lalu sekitar pukul 7.44 pagi (waktu tempatan) ketika dia hendak membeli sayur, namun tiba-tiba dipanggil oleh seorang penduduk untuk menangkap haiwan tersebut.

Wanita itu  pergi ke lokasi kejadian dan melihat ular tersebut sedang melilit seekor kucing, menyebabkan dia segera menangkap ular tersebut dengan menarik ekornya dari sebuah parit.

“Dulu, (saya) pernah menangkap ular di lokasi yang sama. Tetapi tidak berjaya kerana (ular itu) berat. Panjangnya juga sekitar 3 meter,” ujarnya.

Setelah beberapa saat, Suharni berhasil menangkap ular tersebut sebelum dia dibantu oleh  beberapa orang lagi penduduk kampung. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz



Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker