Sebatan sivil sebatan syariah, antara penderaan dan pengajaran

 

SAYA tertarik dengan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai pemansuhan hukuman mati mandatori. Saya tidak berhasrat untuk mengulasnya kerana sebelum ini pernah menulis mengenai isu tersebut.

Yang saya mahu bincangkan adalah mengenai hukuman sebatan tidak kurang 12 kali sebagai alternatif kepada hukuman mati tersebut. Sebatan yang dilaksanakan untuk pesalah sivil sangatlah mendera sehingga mencederakan pesalah. Namun, sehingga hari ini tidak kedengaran pejuang hak asasi manusia mengkritik hukuman tersebut.



Sebatan bagi pesalah sivil amat berbeza dengan sebatan syariah – rotan digunakan terdiri daripada pelbagai saiz. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan diganti pakaian cawat sahaja.

Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan, manakala bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat. Pesalah juga akan diletakkan secara berdiri dan diikat kaki dan tangannya.

Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus dan sesetengah pula dengan cara sentapan. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat rasa cebisan kulit tersentap keluar daripada punggungnya yang bisa membuatkan dia pengsan setelah disebat dan tidak mampu berjalan beberapa minggu lamanya sehingga bahagian disebat benar-benar sembuh.

Sungguh, sebatan bagi pesalah sivil sangat mendera sehingga mendatangkan kecederaan. Hak pesalah seolah-olah langsung tidak dihiraukan dari segi pakaian, malah ketika pesalah meraung kesakitan juga sebatan diteruskan jika doktor yang ada mengesahkan pesalah masih boleh menjalani sebatan itu.



Dalam menelusuri kaedah sebatan yang diguna pakai sesebuah institusi kehakiman, sudah semestinya mempunyai perbezaan dari sudut cara, kaedah, bahan digunakan dan matlamat sebatan.

Malaysia, sebuah negara unik yang mempunyai dua sistem perundangan dan kedua-dua sistem itu harus saling melengkapi serta menghormati pihak yang satu lagi.

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia bercakap mengenai sebatan syariah tetapi terkeliru dengan apa sebenarnya sebatan syariah.

Kekeliruan itu ditambah pula apabila mereka dimomok dengan betapa zalimnya kesan sebatan tersebut tanpa menyelidik sebatan itu bukanlah sebagaimana ditetapkan dalam syariah.



Sebatan syariah jauh lebih ringan daripada sebatan sivil. Realitinya, sebatan syariah hanya untuk mendisiplinkan, bukan untuk mencedera.

Ciri-ciri sebatan syariah – panjang rotan tidak lebih 1.22 meter, tebal tidak lebih 1.25 sentimeter. Jika pesalah dalam keadaan hamil, hukuman akan dilaksanakan selepas dua bulan pesalah melahirkan anak. Sebatan juga tidak boleh kena pada muka pesalah, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

Bagi pesalah lelaki, mereka akan disebat dalam keadaan berdiri, manakala wanita dalam keadaan duduk. Sebatan syariah juga dilakukan dengan kekuatan sederhana dan tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala serta tidak melukakan kulit pesalah.

Sebat adalah satu bentuk hukuman dalam perundangan Islam. Hukuman sebat juga berupaya menghindar dan membersihkan masyarakat daripada perbuatan keji. Sebatan syariah telah jelas dinyatakan dalam al-Quran.



Falsafah dan objektif sebatan syariah bukanlah untuk mendera tetapi sebagai pengajaran (ta’dib) kepada orang kena sebat dan juga masyarakat yang menyaksikan pelaksanaan sebatan.

Rasa gerun terhadap sebatan itu akan meresapi ke dalam diri masyarakat dan berupaya membuat mereka berfikir kembali sama ada mahu melakukan kesalahan yang membawa hukuman sebat atau sebaliknya.

Justeru, penulis berasakan sudah tiba masanya kaedah sebat syariah harus dipertontonkan kepada masyarakat dengan lebih luas lagi di Malaysia khususnya, supaya salah faham itu boleh diperbetulkan dengan bijaksana.

Sebatan bagi pesalah sivil juga boleh diganti menggunakan sebatan syariah, dengan bilangan sesuai.



Islam sentiasa memandang dan mementingkan kebaikan orang ramai lebih utama daripada individu kerana ia boleh menghindari kerosakan, keruntuhan moral serta memberi rasa keinsafan kepada pesalah.

Pelaksanaan sebat syariah bukanlah bertujuan menzalimi pesalah sebaliknya memberi rasa keinsafan dan pengajaran.

* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker