Hati-hati ‘Abang Besar’ lepak atas jalan

Kumpulan gajah sering kelihatan di atas jalan

Hati-hati ‘Abang Besar’ lepak atas jalan

Jerantut: Pengguna laluan terutama pengunjung luar antara Kampung Pagi ke Kampung Sat di Ulu Tembeling dekat sini, dinasihatkan berhati-hati apabila bertemu ‘Abang Besar’ dan ‘Pak Belang’ yang kerap bersantai di situ.

Ia berikutan beberapa penduduk Kampung Pagi mendakwa terserempak dengan sekumpulan gajah liar dan harimau ketika memandu kereta ke Kampung Kuala Sat.



Penduduk mendakwa pernah terserempak dengan lima hingga enam gajah di atas jalan raya dan harimau belang melintas jalan di situ.

Seorang pengguna jalan raya di Kampung Pagi, Mustapa Abdullah, 37, berkata, kumpulan gajah itu kerap berada di kawasan antara Kampung Pagi ke Bukit Awan dan Kampung Sat kerana dipercayai kawasan itu laluannya.

“Saya pernah melihat gajah berkeliaran dan merayau di pinggir jalan antara Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat serta sudah menjadi perkara biasa bagi penduduk Ulu Tembeling terserempak gajah liar dan harimau di sepanjang laluan ini.

“Haiwan ini kadang-kadang turut menceroboh ke kawasan pertanian diusahakan penduduk di sini, selalunya haiwan ini masuk pada waktu malam untuk mencari makanan, tetapi tidak mengganggu manusia,” katanya.



Seorang pemancing bersama rakannya yang berhasrat ke Kampung Sat, Sallehuddin Abd Rahman berkata, dia terkejut melihat kumpulan gajah bersantai atas jalan raya.

“Saya memberhentikan kereta 200 meter dengan gajah liar sambil menyaksikan haiwan liar berhenti, kejadian itu berlaku jam 8 pagi,” katanya. HM

Hati-hati ‘Abang Besar’ lepak atas jalan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker