Sentiasa menunggu kepulanganmu – Yana

Sentiasa menunggu kepulanganmu – Yana

‘Sentiasa menunggu kepulanganmu, tak kiralah selama mana masa diambil’

Itulah luahan anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib dalam satu hantaran di InstaStorynya hari ini.



Dalam hantaran tersebut, Exco Pergerakan Puteri UMNO itu memuat naik gambar Najib berbaju warna merah sambil meletakkan instrumen piano lagu berjudul ‘Fix You’ nyanyian Coldplay.

Hantaran tersebut dipercayai dimuat naik oleh Nooryana atau mesra disapa Yana kira-kira pukul 11 pagi tadi sekali gus menimbulkan tanda tanya orang ramai tentang status pengampunan bapanya.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan Lembaga Pengampunan bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Difahamkan salah satu agenda mesyuarat adalah mengenai pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, semalam mengesahkan ahli lembaga termasuk beliau sendiri bermesyuarat pada Isnin.

Beliau berkata, pengumuman rasmi oleh Lembaga Pengampunan akan dibuat. K Online

Sentiasa menunggu kepulanganmu – Yana

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker