Keputusan Agong perlu jadi pengajaran, kata Zahid

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan Kabinet untuk mengisytiharkan darurat perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak.

Katanya, kenyataan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menunjukkan keputusan penting perlu dibuat melalui proses musyawarah dan penglibatan semua pihak.

“Sewajarnya dimulakan satu inisiatif rekonsilasi nasional yang merangkumi agenda politik, ekonomi, sosial dan keselamatan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad malam.

Beliau berkata, rakyat perlu diutamakan dan usaha bersungguh-sungguh diperlukan untuk mencari keseimbangan dalam menangani penularan Covid-19 serta kehidupan rakyat.

“Saya menyeru kepimpinan politik perlulah benar-benar ikhlas dalam menjayakan cita-cita ini.

“Saya berharap seluruh kepimpinan parti politik merapatkan saf di semua peringkat dan memberi tumpuan untuk sama-sama menangani penularan Covid-19 demi kesejahteraan rakyat.”

Agong selepas mengadakan perbincangan khas dengan raja-raja Melayu pada Ahad mengumumkan tiada keperluan mengisytiharkan darurat ketika ini kerana kerajaan berjaya menangani pandemik itu dengan baik dan berkesan.

Sultan Abdullah turut mengingatkan ahli politik berhenti berpolitik dan menekankan kepentingan Belanjawan 2021.

Timbul spekulasi ahli Parlimen mungkin menolak Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 Nov ini, yang akan menyebabkan peletakan jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya secara automatik. FMT

Undi Belah Bahagian: Bajet Hampir Tidak Dilulus… Pengajaran Buat ‘Kaki Ponteng’ PH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker