Remaja bakar kucing menangis salah pilih kawan
Remaja bakar kucing menangis salah pilih kawan
KAJANG: Remaja lelaki berusia 13 tahun yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah flat di Hulu Langat, April lalu, dikenakan bon kelakuan baik selama setahun bermula hari ini.
Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz turut mengarahkan tertuduh hadir ke bengkel interaktif Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama ibunya untuk tempoh sama.
Tertuduh yang tidak pernah bersekolah itu juga dilarang keluar rumah antara 10 malam hingga 6 pagi selama setahun.
Sementara itu, ibu tertuduh dikenakan bon selama setahun dengan cagaran RM1,000 dan wajib hadir ke bengkel interaktif JKM serta perlu memastikan anaknya tidak melanggar mana-mana arahan mahkamah.
Remaja itu didakwa bersama dua lelaki yang masih bebas secara kejamnya menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakar haiwan terbabit di parkir flat di Hulu Langat pada jam 1.08 tengah hari, 22 April lalu.
Kesalahan mengikut Perenggan 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman denda RM20,000 hingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam Lee Teong Hooi yang mewakili tertuduh berkata, penasihat mahkamah menasihati tertuduh untuk memberi tumpuan kepada pelajaran, menjadi orang lebih baik dan menjaga ibunya.
“Tertuduh menangis ketika diberi nasihat dan memohon maaf selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya,
“Tertuduh diingatkan berhati-hati dalam memilih kawan dan mengambil pengajaran daripada kejadian itu dan tidak ada seorang pun kawannya hadir melainkan ibunya,” katanya kepada media.
Teong Hooi berkata, tertuduh sudah mendaftar ke sekolah dan bakal memulakan sesi pembelajaran tahun hadapan ke Tingkatan Dua.
“Tertuduh sendiri meminta untuk mendaftar ke sekolah dan keluarga itu sudah berpindah dan tidak tinggal di flat lama lagi,” katanya.
Beliau berkata, keluarga tertuduh bersetuju dengan syor diberi JKM dan tidak mengemukakan sebarang rayuan.
Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim memohon perintah bersifat pengajaran untuk kepentingan awam dan tertuduh.
Sementara itu, ibu saudara tertuduh yang ditemui berkata, anak saudaranya itu sudah banyak berubah.
“Dia tak berani keluar rumah lagi dan sudah mula menyayangi kucing, malah ada meminta untuk membela seekor kucing bagi menebus kesalahannya,” katanya.
Sebelum ini, tular video video menunjukkan dua lelaki menyimbah sesuatu dipercayai bahan bakar ke atas seekor anak kucing dianggar berusia enam minggu manakala seorang lagi menyalakan api. BH
Remaja bakar kucing menangis salah pilih kawan
Baca Artikel Menarik:
- Hampir semua mahu pencen MP ditukar ke caruman KWSP
- Ramlan Harun pengerusi SPR baru
- Shamsuri, Rosnaida timang anak ke-12
- Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
- PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM
- Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
- Keris ada kuasa
- Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun
- DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan
- Mahathir ugut nak pecat saya 3 kali
- Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit
- Rafizi datang lagi
- Dilantik pakar UMCCed, ini kata Siti
- Zul Arifin didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
- Ular sawa ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?
You must be logged in to post a comment.