Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak pernah dijual kepada pihak asing dan terus kekal menjadi milik Malaysia.
Perdana Menteri berkata dakwaan kononnya MAHB dijual menerusi pemilikan syarikat asing adalah sama sekali tidak berbangkit, malah pegangan saham majoriti MAHB dikuasai Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu sebanyak 70 peratus, meningkat berbanding 40 peratus sebelumnya.
Beliau berkata, jawatan pengurusan utama iaitu Pengerusi MAHB dan Ketua Pegawai Eksekutif MAHB juga masih diterajui rakyat Malaysia.
Anwar Ibrahim telah menjelaskan mengapa Global Infrastructure Partners (GIP) dipilih untuk mengambil bahagian dalam usaha menswastakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Beliau berkata, menurut Khazanah Nasional Berhad, pada mulanya sebanyak 145 syarikat memohon untuk mengambil bahagian dalam konsortium itu bagi mengambil alih MAHB, tetapi hanya lima yang dianggap sesuai.
Beliau berkata kriteria yang ditetapkan adalah ketat, termasuk pengerusi dan ketua pegawai eksekutif MAHB mestilah rakyat Malaysia dan pemegang saham majoriti juga mestilah rakyat Malaysia.
“Syarat yang ditetapkan oleh Khazanah adalah ketat dan ia tak dipersetujui kebanyakan (syarikat). Pertama, (jawatan) pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) mestilah rakyat Malaysia, selain itu, majoriti pegangan adalah (milik) Malaysia.
“Namun syarikat yang berminat ini, baik Singapura atau lain-lain, mereka nak hak mengurus. Maknanya CEO dalam kalangan rakyat dia atau mereka yang tentukan. Syarat ini tak diterima. Itu sebabnya mengapa GIP diambil,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
“Syarikat lain mahukan hak pengurusan, termasuk peranan pengerusi dan CEO. Terma-terma ini tidak diterima (oleh Khazanah dan KWSP), sebab itu GIP dipilih,” katanya di Dewan Rakyat semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri.
Di bawah pelaksanaan itu, GIP ditetapkan untuk memiliki 30% saham MAHB dengan Abu Dhabi Investment Authority.
Sementara itu, Khazanah akan meningkatkan pemilikannya dalam MAHB daripada 33.2% kepada 40%, dan KWSP daripada 7.9% kepada 30%.
“Semua pelaburan PNB, KWSP, Khazanah itu bukan urusan Kabinet. Saya lihat juga minit mesyuarat Kabinet (pentadbiran) sebelumnya, keputusan pelaburan Khazanah, PNB dan KWSP tidak dirujuk Kabinet, termasuk semasa rakan-rakan sebelah sana (pembangkang) menjadi Jemaah Menteri.
“Tetapi dalam kes ini (pegangan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) oleh Global Infrastructure Partners (GIP), saya ada maklumkan Kabinet.. ini yang berlaku, (hanya) sebagai makluman saja.
“Ada ahli Kabinet bangkitkan (mereka tak tahu mengenai pelaburan) itu betul. Saya maklumkan setelah keputusan dibuat,” katanya.
Anwar berkata demikian menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Shahar meminta Perdana Menteri menyatakan penjelasan terhadap keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB itu. BH
Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
Baca Artikel Menarik:
- Akmal ajak Sanusi lawan bola sepak di Sg Bakap
- Semua pengkhianat UMNO Arau sudah dipecat
- alau dah jodoh dia – Ibu Aliff Aziz
- Rebut kawasan dadah punca kejadian tangan putus ditemukan
- Saham MAHB: Menteri Umno telah nyatakan bantahan – Tok Mat
- HARAM! UAI bidas pempengaruh dan NGO kayakan diri dengan duit derma
- PN akan ‘tumbang’ di PRK Sungai Bakap
- UMNO tekad tawan semula Felda
- Kanak-kanak 9 tahun maut dibaham buaya
- Suami Dalam Susah & Senang Hingga Akhir Hayat’ – Roy Revfa”
- Ramai Lelaki Cuba Nasib Mahu Jadi Pedamping Hidup Nora Danish
- Arwah adik terima ugutan bunuh berkali-kali sejak setahun lalu
- Syarikat yang ada kepentingan BlackRock beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara serta pasaran saham’ – Anwar
- Puteri Sarah ditawar jadi ‘social escort’ Datuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan
You must be logged in to post a comment.