Sila minta perkenan Raja-Raja sebelum bina sekolah tak guna pengantara BM

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Melayu (MPM) mengesyorkan kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran secara berperingkat dengan pembinaan sekolah selainnya mendapat perkenan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.

Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti Madani MPM Kamal Shukri Abdullah Sani berkata perpaduan rakyat belum sepenuhnya dicapai walaupun negara hampir 70 tahun merdeka kerana dipisahkan sistem pendidikan berbeza.

“Maka Perlembagaan Persekutuan wajib dipinda dengan memasukkan klausa bahasa Melayu wajib sebagai bahasa pengantar di semua institusi pendidikan kerajaan, bahasa pengantar utama di institusi lain.



“(Selain itu) kuasa menteri pendidikan berkaitan dengan kelonggaran bahasa pengantar dan pembinaan sekolah bukan kebangsaan (bukan satu aliran) diperketat lagi dengan keperluan mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja Melayu agar maruah bahasa Melayu lebih terjaga,” katanya pada sidang media.

Sementara itu, Kamal turut menggesa kerajaan memansuhkan segera program dwibahasa (DLP) memandangkan ia membawa kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan negara.

Jelasnya, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan sebelum ini telah menyaksikan kemerosotan peratus pelajar dalam bidang sains yang hanya mencapai 20% sahaja.

“Sudah terang lagi bersuluh akan bencana akibat PPSMI dan DLP oleh pentadbiran terdahulu, maka janganlah disokong lagi ‘biawak hidup’ ini,” katanya.



Tambahnya, kerajaan boleh merujuk kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris dan Perancis dalam pentadbiran dan pendidikan kekal miskin dan mundur.

“Ini juga bukti kemajuan tidak mesti melalui penggunaan bahasa Inggeris sahaja,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)



1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh



Kalau tak boleh gurau, duduk surau

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker