Rempuh belakang lori, 2 beranak maut

Rempuh belakang lori, 2 beranak maut

Marang: Dua beranak maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh lori yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 21 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Kampung Durian Guling, di sini.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Razman Setapa berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada 2.25 pagi membabitkan mangsa wanita berusia 22 tahun dan anaknya berusia dua tahun.



Katanya, ketika kejadian mangsa dari arah Kampung Gondang, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Bukit Bading, Ajil.

“Manakala lori itu diparkir di bahu kiri jalan. Mangsa disyaki merempuh belakang lori berkenaan di sebelah kanan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dihantar ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Inspektor Nik Nur Farhanim Nik Mohamed Fauzi di talian 010 2840273 atau 09 6182222. HM

Rempuh belakang lori, 2 beranak maut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)



Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker