Rumah pemain Selangor Khuzaimi dipecah masuk

Rumah pemain Selangor Khuzaimi dipecah masuk

Pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee mendakwa rumahnya dipecah masuk petang semalam.

Dalam laporan polis dilihat FMT, Khuzaimi berkata, beliau keluar rumah kira-kira 2 petang untuk menyertai sesi latihan.



“Pada jam lebih kurang 9 malam semasa saya sampai di rumah, saya dapati pintu pagar depan dan belakang telah terbuka.”

Pemain berusia 30 tahun itu berkata, beliau mendapati sebuah motosikal jenis Yamaha, empat beg silang pelbagai jenama dan sebuah pasport hilang.

Minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia meningkatkan protokol keselamatan pemain, khasnya perjalanan pergi dan balik dari stadium pada hari perlawanan serta di tempat penginapan ditetapkan.

Timbalan Presiden FAM, Yusoff Mahadi menegaskan kepentingan mengambil serius keselamatan pemain, khasnya selepas kejadian baru-baru ini membabitkan tiga pemain tempatan, dengan seorang daripadanya dalam keadaan kritikal.



Pada 2 Mei lalu, pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid diserang dua perompak selepas pulang dari latihan.

Tiga hari kemudian, pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menjadi mangsa serangan asid di sebuah pusat beli-belah menyebabkannya melecur tahap empat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana keadaannya yang kritikal.

Insiden ketiga pada 7 Mei lalu menyaksikan cermin belakang kereta bekas ketua skuad kebangsaan dan Johor Darul Ta’zim, Safiq Rahim remuk ketika pulang dari latihan. FMT

Rumah pemain Selangor Khuzaimi dipecah masuk



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis



Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam



Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker