Anak MB Perlis tiba di mahkamah hadapi pertuduhan tuntutan palsu

Anak MB Perlis tiba di mahkamah hadapi pertuduhan tuntutan palsu

KANGAR: Anak Menteri Besar Perlis, Syafeeq Mohd Shukri tiba di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini untuk menghadapi pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM600,000.

Tertuduh yang juga menantu kepada Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang, tiba jam 8.05 pagi.



Syafeeq adalah anak kepada Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Semalam sumber berkata, pertuduhan ke atas anak Menteri Besar itu akan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Selain anak Menteri Besar itu, bekas setiausaha politiknya juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, juga pagi ini.

Pada 24 April lalu, SPRM menahan reman enam individu, termasuk anak Menteri Besar Perlis bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM600,000.



Semua suspek yang berusia antara 27 hingga 37 tahun itu disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkait pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Bagaimanapun, mereka dilepaskan dengan jaminan sebaik tamat tempoh reman selama tiga hari. BH

Anak MB Perlis tiba di mahkamah hadapi pertuduhan tuntutan palsu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker