Bahana terlalu obses selfie

Bahana terlalu obses selfie

Bali: Seorang warga Kanada parah akibat jatuh ke dalam gaung di Jambatan Mamo, Kuta Selatan pada Sabtu ketika cuba mengambil gambar swafoto.

Sadri Alesasandro, 35, dipercayai mahu bergambar dengan pemandangan matahari terbenam di jambatan itu apabila dia tergelincir ke dalam gaung berkedalaman lima meter.



Ketua Polis Sektor Kuta Selatan, Ketut Sugiarta berkata, mangsa mengalami kecederaan di leher dan luka seluruh badan.

“Insiden menimpa mangsa diketahui selepas penduduk curiga melihat motosikal diletakkan di kiri jambatan dalam keadaan enjin masih hidup tetapi pemiliknya tidak kelihatan.

“Penduduk itu kemudian melaporkan kepada polis dan pemeriksaan dibuat menemukan mangsa di bawah jambatan,” katanya yang dipetik Kompas.

Menurutnya, usaha menyelamat mangsa dilakukan berhati-hati dan mengambil masa sejam kerana kecuraman cerun.



Sembilan pasukan penyelamat terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa. HM

Bahana terlalu obses selfie


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang



Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker