Isham Jalil ‘sudah’ lama berkhidmat untuk rakyat

Oleh Rohana Man

KOMPLEKS PKNS terletak di Seksyen 14 Shah Alam dibina pada tahun 1977. - Gambar Hiasan
KOMPLEKS PKNS terletak di Seksyen 14 Shah Alam dibina pada tahun 1977. – Gambar Hiasan

SHAH ALAM – Walaupun bukan berstatus wakil rakyat, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Hizatul Isham Abdul Jalil sudah lama menjadi tempat penduduk mengadu pelbagai hal termasuk berkaitan kadar sewa kedai yang mahu dinaikkan pihak pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam.

Lebih mesra disapa Isham Jalil, beliau berkongsi cerita dalam satu hantaran Facebooknya baru-baru ini.

Katanya, beliau pernah dihubungi peniaga untuk meminta bantuannya agar kadar sewa kedai tidak dinaikkan.

“Dulu peniaga ini pernah pernah contact saya, tahun lepas. Ia berkenaan kadar sewa kedai. Dia minta saya bantu dan ambil tindakan.

“Walaupun saya bukan wakil rakyat dan tidak ada jawatan, tetapi mereka datang kepada saya.

“Jadi, apa yang saya lakukan adalah menghubungi ketua pembangkang Selangor ketika itu.

“Hasilnya, kadar sewa tidak jadi dinaikkan,” katanya dalam live FB ketika menyantuni beberapa peniaga di Kompleks PKNS di sini, baru-baru ini.

Isham sempat singgah dan bertanya khabar peniaga selepas membeli-belah pakaian di kompleks tersebut.

Dalam pada itu, seorang peniaga yang lebih dikenali dengan nama glamor, Sham Pahlawan berkata, pertemuan dengan Isham memberi peluang kepadanya untuk berkongsi masalah peniaga yang dihadapi di kompleks itu ketika ini.

“Pertemuan ini boleh diibaratkan sebagai satu platform untuk calon yang bertanding di Parlimen Shah Alam memahami perjuangan para peniaga sejak lama dahulu.

“Saya pernah hubungi Isham, sebelum dia jadi calon.

“Saya juga pernah berurusan dengannya sebab tertarik dengan cara beliau menyantuni penduduk, tidak kira apa bangsa.

“Saya harap beliau dapat menjadikan pusat bandar raya Shah Alam sebagai tempat persinggahan ‘wajib’ pelancong yang baru turun dari pesawat di KLIA.

“Secara tak langsung, kegemilangan Kompleks PKNS sebagai tempat membeli-belah pada harga berpatutan akan kembali bersinar,” katanya yang memberitahu sepanjang pandemik Covid-19, peniaga mengalami kerugian besar sehingga ada yang terpaksa tutup kedai.

Beliau juga mahu kerja-kerja mempromosikan Kompleks PKNS diperhebatkan dengan memperkenalkan tema-tema tertentu mengikut musim.

Kompleks PKNS dibina pada 1977 dan telah melalui pelbagai transformasi termasuk yang dilakukan oleh PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker