Berani curi motosikal polis

Berani curi motosikal polis

Seorang lelaki ditahan kerana mencuri motosikal anggota polis yang diletakkan di tempat letak kenderaan Hospital Ampang kelmarin.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, anggota polis yang sedang bertugas di pondok polis Hospital Ampang dimaklumkan orang awam yang melihat tindakan mencurigakan seorang lelaki menolak sebuah motosikal.



Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata anggota polis terbabit kemudian bertanya suspek berusia 34 tahun itu mengapa cuba mengalih motosikal berkenaan.

“Bagaimanapun suspek gagal memberi alasan munasabah dan disyaki ingin mencurinya.

“Polis kemudian merampas motosikal itu dan menahan suspek untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing ke atas suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu didapati positif dadah.



“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT

Berani curi motosikal polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker