Rumah wanita warga emas musnah terbakar dipanah petir

HULU TERENGGANU – Seorang wanita keluar rumah untuk menziarahi kematian saudaranya tergamam apabila rumahnya musnah terbakar di Kampung Bukit Diman, Ajil di sini hari ini.

Kebakaran pada pukul 2.30 petang itu dipercayai berpunca daripada panahan petir yang mengenai rumah tersebut.

Timah@ Faridah Muda,69, berkata, hatinya luluh apabila dihubungi salah seorang jirannya tentang kebakaran tersebut.



“Saya diambil salah seorang anak yang tinggal berasingan untuk menziarah kematian saudara di Kampung Menerong, Ajil pada pukul 2 petang.

“Setengah jam kemudian, saya dimaklumkan rumah terbakar setelah disambar petir,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Timah berkata, dia kemudiannya bergegas pulang ke rumah sebelum mendapati api kebakaran begitu marak walau dalam keadaan hujan lebat.

Tambahnya, hatinya sayu menyaksikan rumah yang didiami sejak 25 tahun itu musnah terbakar tanpa dapat berbuat apa-apa.



Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Hanafi Mohd berkata, kebakaran terbabit memusnahkan 80 peratus dari rumah wanita warga emas itu

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]



Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker