15 ekor kucing mati terbakar, guru tinggal sehelai sepinggang

Seorang guru tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya hangus dalam kebakaran di Kampung Damak di sini pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu turut mengorbankan 15 daripada 18 kucing dan 10 ekor burung peliharaannya.

Mangsa, Faridah Majid, 46, berkata, ketika kejadian dia tinggal seorang diri kerana ibunya, Mekalthom Awang, 80, berada di rumah adiknya, manakala seorang rakannya yang tinggal bersama balik ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.



Menurutnya, dia menyedari kejadian itu ketika hendak menunaikan solat Subuh selepas terdengar bunyi bising kucing di sebuah bilik.

“Ketika itu, saya juga nampak asap hitam berkepul-kepul dan ketika pintu bilik dibuka api sudah marak.

“Sejurus itu, saya segera keluar mengalihkan pacuan empat roda dan meminta tolong,” katanya.

Tambah Faridah, selain kehilangan haiwan peliharaan, duit simpanan dan barang kemas berjumlah RM20,000 juga hangus dalam kejadian itu.



“Buat masa ini, saya menumpang sementara di rumah anak saudara dan kerugian keseluruhan dianggarkan lebih RM100,000,” katanya.

Dalam pada itu, kejadian yang menimpa Faridah turut mendapat perhatian beberapa pihaknya antaranya Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah yang diwakili ahli jawatankuasa bahagian, Razak Daud.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank, 556208122812 atas nama Faridah Majid.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV



“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga



Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker